Wednesday 15 August 2012

Aduhh...OSCE lagi..

       OSCE atau nama panjangnya OBJECTIVE STRUCTURE CLINICAL EXAMINATION... Dari nama panjangnya sahaja kita dapat tahu peperiksaan ini dicipta untuk tujuan apa. OSCE merupakan ujian ketrampilan klinikal yang menguji aspek praktikal yang harus dimiliki oleh pelatih jururawat sebelum layak untuk dilantik menjadi seorang Jururawat Terlatih.

       Dalam banyak-banyak exam dalam dunia ini, OSCE lah yang paling menggerunkan dan merunsingkan pelatih jururawat. Anyone agree with me?? Yang paling pandai pun boleh jadi yang paling kurang pandai bila berhadapan dengan OSCE.. hehe.. Bila menjelang malam sebelum OSCE..mesti ramai yang akan cakap begini, "Takut lah..." @ " Macam mana ni... tak belajar apa pun lagi".. "Ada clue tak,soalan apa yang akan keluar??".. Hehe... biasalah tu..

     Malam sebelum OSCE.. "Jom,kita praktis"... Pelatih jururawat akan membuat perjumpaan tergempar (could I say that..hehe..) dengan masing-masing bersemangat kerana terpaksa untuk praktis prosedur-prosedur yang diramalkan akan keluar. Masa ni lah nak membaringkan kawan di atas katil sambil membuat positioning, bagi ubat untuk kawan yang tak sakit,melakukan bandaging di setiap anggota tangan dan kaki.. Malam yang meriah..hehe...

    Ada juga yang sedang khusyuk membaca buku prosedur dari Semester 1 sehingga Semester 6.. Nampak busy je atas meja..buku 1 bundle.. Inilah dia OSCE. Tapi walaubagaimanapun kita bersedia,pasti ada je yang tak kena semasa OSCE sebenar.. Lupa buat itu lah..lupa buat ini lah.. Padahal semasa praktis,dah hafal mati da ni..

     Ada beberapa tips yang boleh dikongsi bersama menjelang OSCE..
1. Banyakkan berdoa mengikut kepercayaan masing-masing.. We do our best and He will take care of the rest.

2. Jangan praktis sampai lewat malam. Get enough sleep.. Otak pun perlu rehat juga kan untuk berfungsi dengan baik pada keesokkan harinya.

3. Hehe..bagi yang round terakhir,jangan lupa beli makanan sebagai persediaan dikuarantin. Bagi pelatih pusingan awal pula,jangan minum banyak sangat air,takut tak ada masa untuk ke tandas. Kita Restrict of Fluid sekejap je lah..

4. Jangan takut..tenangkan fikiran.. Bila kita gelabah,time tu lah kita paling cenderung untuk melakukan kesilapan.

5. Last but not least,jangan lupa untuk senyum dengan kawan-kawan.. Don't forget..joy is the best make up.. 


    Kepada batch 1/2010..selamat berjaya semua.. We can do it!! And we always did... Sebarang tips-tips atau soalan ramalan,sudi-sudi kan lah share.. Failure is not our option..

Sunday 12 August 2012

Salahkah cara saya berpakaian...

Entahlah..sudah berapa kali saya ditegur mengenai pakaian saya.. Bukan sebab tak cantik,tak menarik ke atau tak sesuai.. Tapi tak bertamadun katanya.. Too sexy,tak cukup kain,ketat sangat.. OMG!!! 

      Bagaikan satu anjakan paradigma bagi saya,bila saya sampai ke komuniti di mana berpakaian "baby-T" dan seluar jeans boleh didefinisikan sebagai seksi. Bukan mempertikaikan pandangan orang,cuma mungkin suasana saya membesar tidak mempunyai definisi sedemikian.

     Seperti kawan-kawan lain..rasanya kami belajar menghormati budaya orang. Apabila keluar kolej,dalam kolej,kami cuba menjaga pakaian kami agar tidak melanggar batasan masyarakat di sini. Macam orang selalu cakap,pandai-pandai lah hidup di tempat orang.

    Tapi manusia suka menilai hati seseorang melalui luaran. Contohnya,kami sering dianggap jenis yang sosial,tak tahu adat,tak ada pegangan hanya kerana pakaian. Mata yang memandang penuh sinis macam kita ni "alien".. Excuse me... Saya bukan pakai bikini pun..bukan pakai mini skirt.. Saya pun ada pendidikan,ada pegangan,tahu maruah seorang perempuan.. Could you judge me by the way dress myself??? Maafkan saya..but how could you judge people by their appearance.. Hati boleh nampak ke dari luar..

    Setiap orang berbeza.. Saya tidak mempunyai kekangan dalam berpakaian but yet..I still wear the proper attire.. Dan saya menghormati kawan-kawan yang mempunyai batasan dalam berpakaian dan saya kagum dengan mereka.. Cara masyarakat menentukan akhlak seseorang hanya melalui luaran haruslah diubah.. Tak selalunya apa yang kita nampak itu adalah benar..kerana mata boleh menipu.. Dan kami layak untuk dihormati..



    

Saturday 11 August 2012

Letter For My Friends....

Dalam kita menjalani kehidupan kita..kita akan berjumpa dengan beberapa orang yang penting dalam hidup kita. Membentuk siapa kita hari ni..

Here..few description about them..

Kenneth Robin..
Haha..satu-satunya lelaki dalam hidup kami. Apa yang boleh saya cakap pasal awak erk.. Hidup dia penuh dengan cerita tersembunyi.. nampak bahagia dari luar,tapi deep inside ada sad story.. Siapa lagi yang faham kalau bukan kami. Orangnya suka bergurau,full of korean style.. Nak jadi Kim Hyun Joong agaknya. Sangat teguh dalam pegangan agama. Jujur,awak selalu buat saya tersenyum tanpa sebab..Kenneth: P/S for you.. Tell your future wife-to-be, I will still always give you a warm hug..no jealousy..

Heinny Selan..
Oh dear.. Too beautiful for a words.. awak taw tak,awak lah penasihat saya yang paling baik. Nasihat yang selalu membuka mata saya. Pendebat,pemidato,speakers.. Pasti bakal menjadi seorang cikgu yang sangat baik. Heinny:P/S for you.. Do not spoil what you have for the person you will not have.. You know what I mean..

Jamas Jerry..
Awak sangat baik.. Haha..sebab awak driver saya.. Thanks sebab awak sentiasa ada semasa saya mengharungi hari-hari duka saya tanpa dia.. You make me through it.. Orangnya jenis tak kisah.. paling malas nak reply mesej..dan kaki buli lenny.. Jamas: P/S for you: Jom pi rumah Aunty Mary...haha..

Lenny Randi..
Kawan saya yang paling manja..paling sensitif..yet..yang paling cantik.. Ke mana saja dia pergi..pasti ada mata yang memandang.. Kerja dia..asyik peluk orang je.. Nak jadi pramugari,tapi jadi cikgu.. Suka cakap benda merepek..mcm Kenneth laa.. Kalau bersama menjadi sangat.. Lenny: P/S for you: When life knocks you down,calmly get back up..smile.. get well soon dear..

Untuk para pembaca..
Hidup ini sangat indah tatkala kita menemui sahabat yang menemani kita di saat bangun jatuh,suka duka.. Orang yang tak kisah kelemahan kita.. Yang ada berdiri bersama kita di saat yang lain menjauh.. P/S: Go out there..and be a good friends...

Life is beautiful with friends...





Cinta Itu...??

Cinta itu...?? Apa ye... Tuhan menciptakan setiap manusia pasti mempunyai pasangan hidup masing-masing... Bagaimana pulak dengan aku...ermmm.. Sudah jumpa ke tidak...

My love story is a sad love story.. Banyak perbezaan antara kami.. Nampak seperti sukar untuk bersatu dalam satu ikatan perkahwinan..