Monday 22 October 2012

Nurses are STUPID???

3 tahun da hampir berlalu. Hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi untuk saya menamatkan pengajian saya. Tapi 2 bulan inilah masa yang paling kritikal.. Dalam 1 minggu ini,pelbagai jemis sistem tubuh badan harus kami kuasai bagi menghadapi final exam. Belum lagi nak ckp LJM..

Sebentar tadi saya ada terbaca satu blog yang mengatakan bahawa "nurses are stupid..gaji besar tapi kerja tak perlu pakai otak".. Menyirap juga baca artikel tersebut.. Rasanya sah-sah blogger tersebut tak pernah tengok kehidupan nurse ni macam mana. Kesian kan..bercakap tanpa memahami benda yang dikatakan.. 

Siapa cakap nurses tak perlu pakai otak?? Siapa yang cakap kerja nurse adalah senang?? Let me tell you.. Kehidupan sebagai student nurse..
1. Kehidupan di kolej.
-   Kami bangun seawal 7 pagi..datang kelas tak boleh lewat.. Nanti pengajar membebel..nurses must be punctual..bla..bla..bla.. Kelas bermula dari pukul 8am-5pm..non-stop.. dari Isnin sampai Jumaat.. 5 hari seminggu..dan kalau nasib tak baik sabtu pun ada kelas juga.. Ponteng kelas pantang sekali.. Untuk layak menduduki peperiksaan kami harus mempunyai 100% kehadiran.. maksudnya..sehari pun tak boleh ponteng.. So,siapa cakap nurses tak perlu pakai otak?? 

2. Kehidupan di wad
- Kami bekerja 3 syif.. pagi,petang dan malam.. Bekerja 6 hari seminggu..dengan hanya sehari je hari cuti.. Cuti sakit?? Oh..jangan berangan.. Cuti sakit sehari kena ganti sehari waktu bekerja.. seingat saya,dalam tiga tahun ni,tak pernah sehari pun saya cuti sakit.. How strong nurses are.. Kalau di wad,senang-senang je cakap nurses ni takde kerja.. Tak tahu ke? Seorang nurse kena jaga sampai 10 orang pesakit.. Bayangkan hendak menjaga seorang ahli keluarga yang sakit sahaja korang da mengeluh..penat.. Inikan pulak 10 orang..   Senangnya cakap kerja nurse ni senang... 

3. Sukatan pembelajaran
- Tak pernah jadi nurse,jangan la cakap kerja nurse tak perlu kelayakan yang tinggi.. Sekadar memenuhi syarat sahaja.. Cantiknya bahasa.. Cuba spy sikit kelayakan akademik untuk bergelar student nurse sekarang.. ambil contoh yang terdekat,batch saya.. Sebahagian besar adalah penuntut matrikulasi,pelajar STPM,tak kurang pula para pemegang ijazah dan diploma dalam pelbagai bidang.. Sukatan pembelajaran,anatomi dan fisiologi sudah tentu kena tahu..seratus seribu macam jenis penyakit kena ingat,ubat dan dos ubat,prosedur kena mahir..soft skill pun kena belajar 64jam.. tak perlu pakai otak ke?? Nak pegang jarum pun perlu ada teknik..ingat main suntik je ke...

4. Cabaran kami
- Hidup sebagai nurse walaupun gaji tinggi,orang akan selalu menganggap kami sebagai orang bawahan. Sebab orang selalu ingat kerja kami adalah sekadar menukar lampin..but it is far more than that my beloved..  Siapa yang menyambut kelahiran kita,siapa yang menyuntik vaksin yang menjauhkan kita dari pelbagai penyakit,siapa yang kita cari bila tiada siapa pun bersama ketika kita sakit di hospital.. nurse kan?? see.. our job is beyond your normal senses.. Kena maki dengan pesakit,kami terima.. Biasa lah orang sakit... Kena maki dengan doktor,biasalah tu..orang lagi pandai dari kita.. Kena maki dengan relatives patient,biasalah tu..orang sentiasa nak yang terbaik..

Kami sayang akan kerja kami... Tapi insan-insan yang memperlekehkan bidang kami inilah yang kadang-kala menyentap semangat kami.. Tapi ada juga insan-insan yang menghargai kerja kami..inilah yang menjadi semangat kepada kami.. Kami tahu..as a nurse.. somebody will curse or bless you..but somehow..we learn something new from them right... 
I really love this quote.. I may be compelled to face danger, but never fear it, and while our soldiers can stand and fight, I can stand and feed and nurse them.