Wednesday 15 August 2012

Aduhh...OSCE lagi..

       OSCE atau nama panjangnya OBJECTIVE STRUCTURE CLINICAL EXAMINATION... Dari nama panjangnya sahaja kita dapat tahu peperiksaan ini dicipta untuk tujuan apa. OSCE merupakan ujian ketrampilan klinikal yang menguji aspek praktikal yang harus dimiliki oleh pelatih jururawat sebelum layak untuk dilantik menjadi seorang Jururawat Terlatih.

       Dalam banyak-banyak exam dalam dunia ini, OSCE lah yang paling menggerunkan dan merunsingkan pelatih jururawat. Anyone agree with me?? Yang paling pandai pun boleh jadi yang paling kurang pandai bila berhadapan dengan OSCE.. hehe.. Bila menjelang malam sebelum OSCE..mesti ramai yang akan cakap begini, "Takut lah..." @ " Macam mana ni... tak belajar apa pun lagi".. "Ada clue tak,soalan apa yang akan keluar??".. Hehe... biasalah tu..

     Malam sebelum OSCE.. "Jom,kita praktis"... Pelatih jururawat akan membuat perjumpaan tergempar (could I say that..hehe..) dengan masing-masing bersemangat kerana terpaksa untuk praktis prosedur-prosedur yang diramalkan akan keluar. Masa ni lah nak membaringkan kawan di atas katil sambil membuat positioning, bagi ubat untuk kawan yang tak sakit,melakukan bandaging di setiap anggota tangan dan kaki.. Malam yang meriah..hehe...

    Ada juga yang sedang khusyuk membaca buku prosedur dari Semester 1 sehingga Semester 6.. Nampak busy je atas meja..buku 1 bundle.. Inilah dia OSCE. Tapi walaubagaimanapun kita bersedia,pasti ada je yang tak kena semasa OSCE sebenar.. Lupa buat itu lah..lupa buat ini lah.. Padahal semasa praktis,dah hafal mati da ni..

     Ada beberapa tips yang boleh dikongsi bersama menjelang OSCE..
1. Banyakkan berdoa mengikut kepercayaan masing-masing.. We do our best and He will take care of the rest.

2. Jangan praktis sampai lewat malam. Get enough sleep.. Otak pun perlu rehat juga kan untuk berfungsi dengan baik pada keesokkan harinya.

3. Hehe..bagi yang round terakhir,jangan lupa beli makanan sebagai persediaan dikuarantin. Bagi pelatih pusingan awal pula,jangan minum banyak sangat air,takut tak ada masa untuk ke tandas. Kita Restrict of Fluid sekejap je lah..

4. Jangan takut..tenangkan fikiran.. Bila kita gelabah,time tu lah kita paling cenderung untuk melakukan kesilapan.

5. Last but not least,jangan lupa untuk senyum dengan kawan-kawan.. Don't forget..joy is the best make up.. 


    Kepada batch 1/2010..selamat berjaya semua.. We can do it!! And we always did... Sebarang tips-tips atau soalan ramalan,sudi-sudi kan lah share.. Failure is not our option..

No comments:

Post a Comment