Sunday 12 August 2012

Salahkah cara saya berpakaian...

Entahlah..sudah berapa kali saya ditegur mengenai pakaian saya.. Bukan sebab tak cantik,tak menarik ke atau tak sesuai.. Tapi tak bertamadun katanya.. Too sexy,tak cukup kain,ketat sangat.. OMG!!! 

      Bagaikan satu anjakan paradigma bagi saya,bila saya sampai ke komuniti di mana berpakaian "baby-T" dan seluar jeans boleh didefinisikan sebagai seksi. Bukan mempertikaikan pandangan orang,cuma mungkin suasana saya membesar tidak mempunyai definisi sedemikian.

     Seperti kawan-kawan lain..rasanya kami belajar menghormati budaya orang. Apabila keluar kolej,dalam kolej,kami cuba menjaga pakaian kami agar tidak melanggar batasan masyarakat di sini. Macam orang selalu cakap,pandai-pandai lah hidup di tempat orang.

    Tapi manusia suka menilai hati seseorang melalui luaran. Contohnya,kami sering dianggap jenis yang sosial,tak tahu adat,tak ada pegangan hanya kerana pakaian. Mata yang memandang penuh sinis macam kita ni "alien".. Excuse me... Saya bukan pakai bikini pun..bukan pakai mini skirt.. Saya pun ada pendidikan,ada pegangan,tahu maruah seorang perempuan.. Could you judge me by the way dress myself??? Maafkan saya..but how could you judge people by their appearance.. Hati boleh nampak ke dari luar..

    Setiap orang berbeza.. Saya tidak mempunyai kekangan dalam berpakaian but yet..I still wear the proper attire.. Dan saya menghormati kawan-kawan yang mempunyai batasan dalam berpakaian dan saya kagum dengan mereka.. Cara masyarakat menentukan akhlak seseorang hanya melalui luaran haruslah diubah.. Tak selalunya apa yang kita nampak itu adalah benar..kerana mata boleh menipu.. Dan kami layak untuk dihormati..



    

No comments:

Post a Comment