Monday 10 September 2012

Cinta Sebaliknya...

Boy I missed your kisses all the time but 

This is twenty five minutes too late 

Though travelled so far 

Boy I'm sorry you are 

Twenty five minutes too late 


Dalam perjalanan saya ke HKL,bait-bait lagu ini menyentuh hati saya.. Selalu juga saya mendengar lagu ini,tapi kali ni agak touching me..don't ask me why.. Memetik bait-bait lagu Michael Learns To Rock..25 minutes.. agaknya dalam seharian kita bahagia dengan kehadiran cinta,ada juga insan lain yang menangis kerana kehilangan cinta..

     Sebab-sebab hilang cinta?? Ada seratus seribu macam sebab yang boleh hadir.. Curang dan mencurangi..tiada persefahaman..kegagalan dalam memberi komitmen.. Tapi bagi saya,kita kehilangan cinta kerana kita belum cukup matang lagi untuk mencintai dan dicintai.. Pernah tak korang semua mencintai seseorang so bad..tapi dengan senang cinta itu pergi.. Dan di saat cinta itu datang lagi,kita da takde kekuatan lagi untuk menerima cinta tersebut..sebab cukup lah luka yang sebelum ini.. Bukan kerana tak cinta tapi kerana terasa tak sanggup lagi menanggung.. Orang yang pernah terluka will get what I mean.. Kadang-kala sekadar cinta tidak memadai dalam mewujudkan hubungan yang kekal.. 

Jika kita cintakan seseorang:

1. Terima seadanya
Kita akan menerima dia seadanya.. baik-buruk.. bagi kita kebaikan dia buat kita tersenyum..dan keburukan dia yang menjadikan dia sebagai dia.. Nobody is perfect.. Jika kita masih juga merasakan dia tidak cukup baik untuk menjadi teman kita,trust me..you don't love him that much..

2. Bersedia memberi komitmen
Sekadar cinta sahaja tidak mencukupi.. Cinta juga bermaksud kita bersedia untuk hadir dalam hidup dia dalam suka dan duka.. Jika kita masih merasakan every minutes we spend with him..membuat kita rasa susah dan terpaksa..percaya lah..kita belum bersedia lagi dalam memberi komitmen.. Cinta tanpa komitmen seperti aiskrim tanpa perasa.. Bukan nak rasa sedap tapi sebaliknya kita hanya dapat merasa sejuknya sahaja..

3. Selesa dalam berkongsi pendapat dan perasaan
Dalam hubungan,kita harus berasa selesa dalam memberi pendapat dan meluahkan perasaan.. Jika kita berasa tidak selesa,kita akan cenderung untuk memendam perasaan.. Lama kelamaan,kita akan dibebani oleh perasaan yang tak terluah selama ini.. Walaupun cinta itu hadir,tapi lama-kelamaan akan timbul juga rasa tidak bahagia.. Because love is about sharing.. and without sharing,love won't work out.. Trust me..hati adalah untuk cinta dan jika dibebani oleh perasaan yang terpendam.. Ruang untuk cinta akan jadi kecil. Kebiasaannya,kita akan jadi rapat dengan seseorang yang kita selesa untuk berkongsi pendapat dan perasaan.

4. Saling memahami
Situasi yang paling banyak menggugat cinta adalah ketiadaan persefahaman.. Masing-masing ingin difahami tanpa ingin memahami.. Perempuan kebiasaannya terlalu inginkan perhatian,sedangkan lelaki selalu inginkan ruang.. Pernah tak berlaku..
Perempuan: Awak nape tak kol saya...
Lelaki; Awak.. Saya nak pergi main bola ni.. Give some time for me..
Inilah yang selalu berlaku.. Guys..belajarlah untuk saling memahami pasangan kita jika kita betul-betul cinta.. Bukan senang..tapi kita boleh belajar bukan?? 

5. Belajar untuk memaafkan
Sebagai manusia,kita takkan terlepas daripada membuat kesilapan.. sebab itu kita harus belajar untuk saling memaafkan.. Mampukan diri untuk memaafkan walaupun mungkin dia melakukan kesilapan yang sangat besar dan hurt us too much.. Tapi tidak salah untuk kita memaafkan selagi kita mampu.. Dan bagi yang melakukan kesilapan,jangan ulangi lagi..kerana tidak selamanya maaf itu hadir... Trust me..walaupun cinta itu setinggi gunung..seluas lautan..tak terhitung seperti pasir di pantai..namun hati takkan mampu terluka berulang kali..

6. Yakin dia lah teman hidup 
Keyakinan bahawa dia lah orang yang kita cintai amat penting dalam mengekalkan sesebuah hubungan.. jika kita masih teragak-agak dan masih wujud perasaan sayang pada orang lain.. Lepaskan lah keraguan itu ataupun lepaskan lah dia.. Sebab dalam cinta tiada paksaan.. 

     Cinta itu sangat indah jika kita berusaha untuk mengindahkannya.. Cinta hadir dengan tanggungjawab.. dan hargailah kehadirannya kerana sekali cinta itu pergi..mungkin takkan kembali lagi.. Anggap setiap hati yang kita pegang sebagai satu anugerah.. Bagi hati yang terluka,mampukan diri untuk bercinta lagi..dan bercinta lah secara matang.. Cinta adalah anugerah daripada Dia.. 

Love is worth fighting for..

3 comments:

  1. i like this.. "Tapi bagi saya,kita kehilangan cinta kerana kita belum cukup matang lagi untuk mencintai dan dicintai.." agree so much... hmm..

    ReplyDelete
  2. Love is trust and is a gift from God..Amen

    ReplyDelete