Sunday 30 September 2012

ToGetheR FoReveR - SunDay with FrienDs

Hari ni ahad.. YESS!!! Cuti!!.. Akhirnya dapatlah saya keluar dengan kawan-kawan.. Seminggu kepala migrain sebab exam..no off..straight kerja.. Melebihi beban yang manusia boleh tanggung.. So,hari ni tak peduli jugak..kena enjoy jugak.. Sebelum I'm ended up with Risperidone..haha..

    My day started here at KTM Sg Buloh.. Datang lambat 1 jam..haha..Kenneth Robin jangan marah ye.. First I saw you,dear..you gemuk la sekarang.. Bukan sengaja nak lambat..tapi nak kena tunggu Darwina dan Freda bersiap.. Huhu..macam tak kenal dorang..

    Kami bercadang untuk meluangkan masa di Mid Valley.. Seperti yang dijangka Mid Valley penuh dengan manusia sebab weekend kan..tambahan pula ada Children Exhibition dan Mooncake Festival Exhibition.. Dari dalam train lagi bersesak.. Nilai moral dan sivik tidak boleh diamalkan langsung..semua berlanggar bahu.. Orang KL kan..hurmm...

     Paling susah nak cari tempat makan.. Masing-masing ada selera dan pantang larang makan..haha.. Lastly,order banyak,lebihan makanan pun banyak.. kalau kat rumah dah kena leter dah kalau amalkan tabiat camni.. Then,we go for bowling.. nak pergi main pun masalah jugak.. kena beli stoking.. Pusing punya pusing,terjumpa lah stoking harga RM5 but kids size.. Do I care..muat je.. Lenny dan Freda..muat tak???

     What I like the most about bowling?? Because I can scream as if nobody can hear me.. If it strike..well good for me.. Dan kalau masuk longkang..ketawa je lah.. Nothing to be serious about..just a game.. Buat pertama kali dalam 3 tahun, saya boleh kalahkan Chris,Freda dan Darwina.. Dan paling penting,saya boleh kalahkan Kenneth...haha..feel so good.. (I'm indeed awesome everyday..hehe..)

Tapi apa yang saya paling suka tentang hari ini.. Saya boleh bercakap dengan my "bestes"t friend in the world.. Lenny Randi dan Kenneth Robin for hours sambil makan aiskrim GelatoFruity.. Setelah lama tak berjumpa..we still can treat each other like before.. Banyak benda yang kami kongsikan bersama.. Sedar atau tidak..pengalaman mendewasakan kita.. Dan semua orang belajar banyak dari masa.. Kami bukan lagi budak sekolah seperti dahulu tetapi sudah bersedia untuk menjalani hidup sebagai seorang yang dewasa.. (sound weird..) Tapi kami masih perlukan satu sama lain.. Benarlah..the secret to friendship is being a good listener.. 

    Kenneth awesome.. Dia belikan key chain untuk kami.. Saya dapat hamster yang ala-ala chips more..sebab kadang-kadang ada..kadang-kadang takde... Lenny dapat perempuan yang ceria..so P/S kenneth for her..anaang mangah agi.." haha.. apa-apa je laa.. Yang paling lucu..Kenneth ajak beli baju couple stated "Together Forever"..  

   My day ended at train station.. So much fun today.. Simple day tapi bersama korang..semua nya best.. Our laughs are limitless..our memories are countless and our friendship is endless... Love you guys..

Together Forever...


 

Monday 10 September 2012

Cinta Sebaliknya...

Boy I missed your kisses all the time but 

This is twenty five minutes too late 

Though travelled so far 

Boy I'm sorry you are 

Twenty five minutes too late 


Dalam perjalanan saya ke HKL,bait-bait lagu ini menyentuh hati saya.. Selalu juga saya mendengar lagu ini,tapi kali ni agak touching me..don't ask me why.. Memetik bait-bait lagu Michael Learns To Rock..25 minutes.. agaknya dalam seharian kita bahagia dengan kehadiran cinta,ada juga insan lain yang menangis kerana kehilangan cinta..

     Sebab-sebab hilang cinta?? Ada seratus seribu macam sebab yang boleh hadir.. Curang dan mencurangi..tiada persefahaman..kegagalan dalam memberi komitmen.. Tapi bagi saya,kita kehilangan cinta kerana kita belum cukup matang lagi untuk mencintai dan dicintai.. Pernah tak korang semua mencintai seseorang so bad..tapi dengan senang cinta itu pergi.. Dan di saat cinta itu datang lagi,kita da takde kekuatan lagi untuk menerima cinta tersebut..sebab cukup lah luka yang sebelum ini.. Bukan kerana tak cinta tapi kerana terasa tak sanggup lagi menanggung.. Orang yang pernah terluka will get what I mean.. Kadang-kala sekadar cinta tidak memadai dalam mewujudkan hubungan yang kekal.. 

Jika kita cintakan seseorang:

1. Terima seadanya
Kita akan menerima dia seadanya.. baik-buruk.. bagi kita kebaikan dia buat kita tersenyum..dan keburukan dia yang menjadikan dia sebagai dia.. Nobody is perfect.. Jika kita masih juga merasakan dia tidak cukup baik untuk menjadi teman kita,trust me..you don't love him that much..

2. Bersedia memberi komitmen
Sekadar cinta sahaja tidak mencukupi.. Cinta juga bermaksud kita bersedia untuk hadir dalam hidup dia dalam suka dan duka.. Jika kita masih merasakan every minutes we spend with him..membuat kita rasa susah dan terpaksa..percaya lah..kita belum bersedia lagi dalam memberi komitmen.. Cinta tanpa komitmen seperti aiskrim tanpa perasa.. Bukan nak rasa sedap tapi sebaliknya kita hanya dapat merasa sejuknya sahaja..

3. Selesa dalam berkongsi pendapat dan perasaan
Dalam hubungan,kita harus berasa selesa dalam memberi pendapat dan meluahkan perasaan.. Jika kita berasa tidak selesa,kita akan cenderung untuk memendam perasaan.. Lama kelamaan,kita akan dibebani oleh perasaan yang tak terluah selama ini.. Walaupun cinta itu hadir,tapi lama-kelamaan akan timbul juga rasa tidak bahagia.. Because love is about sharing.. and without sharing,love won't work out.. Trust me..hati adalah untuk cinta dan jika dibebani oleh perasaan yang terpendam.. Ruang untuk cinta akan jadi kecil. Kebiasaannya,kita akan jadi rapat dengan seseorang yang kita selesa untuk berkongsi pendapat dan perasaan.

4. Saling memahami
Situasi yang paling banyak menggugat cinta adalah ketiadaan persefahaman.. Masing-masing ingin difahami tanpa ingin memahami.. Perempuan kebiasaannya terlalu inginkan perhatian,sedangkan lelaki selalu inginkan ruang.. Pernah tak berlaku..
Perempuan: Awak nape tak kol saya...
Lelaki; Awak.. Saya nak pergi main bola ni.. Give some time for me..
Inilah yang selalu berlaku.. Guys..belajarlah untuk saling memahami pasangan kita jika kita betul-betul cinta.. Bukan senang..tapi kita boleh belajar bukan?? 

5. Belajar untuk memaafkan
Sebagai manusia,kita takkan terlepas daripada membuat kesilapan.. sebab itu kita harus belajar untuk saling memaafkan.. Mampukan diri untuk memaafkan walaupun mungkin dia melakukan kesilapan yang sangat besar dan hurt us too much.. Tapi tidak salah untuk kita memaafkan selagi kita mampu.. Dan bagi yang melakukan kesilapan,jangan ulangi lagi..kerana tidak selamanya maaf itu hadir... Trust me..walaupun cinta itu setinggi gunung..seluas lautan..tak terhitung seperti pasir di pantai..namun hati takkan mampu terluka berulang kali..

6. Yakin dia lah teman hidup 
Keyakinan bahawa dia lah orang yang kita cintai amat penting dalam mengekalkan sesebuah hubungan.. jika kita masih teragak-agak dan masih wujud perasaan sayang pada orang lain.. Lepaskan lah keraguan itu ataupun lepaskan lah dia.. Sebab dalam cinta tiada paksaan.. 

     Cinta itu sangat indah jika kita berusaha untuk mengindahkannya.. Cinta hadir dengan tanggungjawab.. dan hargailah kehadirannya kerana sekali cinta itu pergi..mungkin takkan kembali lagi.. Anggap setiap hati yang kita pegang sebagai satu anugerah.. Bagi hati yang terluka,mampukan diri untuk bercinta lagi..dan bercinta lah secara matang.. Cinta adalah anugerah daripada Dia.. 

Love is worth fighting for..